BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 25, 2009

Teknik Membuat Peta Minda

Seperti yang diterangkan sebelum ini, peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna, kratif, rasa dan lain lain. Sekarang saya huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar.
  1. Sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna
  2. Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya anda hendak membuat peta minda mengenai struktur bumi maka kata kunci yang sesuai adalah bumi. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana.
  3. Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Anda boleh menggunakan kreativiti dengan membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut.
  4. bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Nasihat saya jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik.
  5. Anda perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri.
  6. Dari cabang utama anda sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.
  7. Gunakan warna yang terang dan pelbagai.

Berkongsi pengalaman dengan orang yang telah berjaya

Melukis peta minda sedang anda mendengar kuliah atau ceramah sebenarnya merangsang otak anda untuk berfungsi dengan aktif. Anda cuba mengaitkan isi yang disampaikan dengan gambarajah yang anda lukis dan ini membuatkan anda tidak leka dari apa yang disampaikan.

Maryam Jailani, 23 tahun, pelajar terbaik Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2005 berkongsi mengenai teknik pembelajaran beliau yang memudahkan beliau untuk cemerlang dalam pelajarannya. Kata beliau, beliau akan melakar peta minda mengikut pemahamannya di dalam setiap subjek sewaktu pensyarah sedang mengajar di dalam kelas. Berbeza dari rakan-rakannya yang mengambil nota biasa dari subjek yang diajar, beliau akan terus memasukkan apa yang diajar ke dalam peta minda beliau. Peta minda itulah yang akan digunakan sebagai rujukan sehinggalah peperiksaan akhir.

Dengan itu, beliau tidak perlu lagi membuat nota-nota kecil atau peta minda seperti rakan-rakannya yang lain sebagai persediaan untuk ke peperiksaan akhir kerana peta minda yang dilukisnya di dalam kelas sudah cukup lengkap dan mudah difahami. Selain menjimatkan masa, Maryam mendapati penggunaan peta minda amat berkesan dalam membantunya mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan tugasan yang diberikan.



inilah sesuatu yang kreatif dimata kita semuaa.

Bagi diri saya sendiri, saya sering rasakan saya seorang yang kreatif dan banyak idea. So, sini ada beberapa tip yang saya ingin kongsikan bagaimana saya menjana idea…
  • Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!
  • Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak :) ). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)
  • Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada sATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.

So, di atas adalah 3 tip saya selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif :) Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!